Kerana Kamu Kesayanganku…

iffa-560x413

Kadang kalanya cinta hadir tanpa diduga. Cinta hadir tanpa mengira siapa. Namun, adakalanya juga cinta itu hadir pada masa yang salah, tempat yang salah, mungkin juga pada insan yang salah. Akhirnya cinta itu juga mewujudkan hadirnya orang ketiga, skandal atau teman tapi mesra yang sering dipersalahkan dalam sesebuah hubungan terlarang. Pernahkah kita terfikir, mereka juga mempunyai perasaan yang sama, naluri yang sama untuk mencintai dan disayangi. Mungkin mereka kurang bernasib kerana tidak menjadi yang terutama, mungkin juga kalau diberi peluang mereka boleh menjadi yang setia dan menerima seadanya.


Bukan suasana dan cerita kita yang tidak diketahui. Dikau kepunyaan si dia, namun kasih dan sayangku hadir tanpa dipinta saat kita bertemu pertama kalinya. Naluri menidakkan mencintaimu tak dapat ku menghalanginya tatkala mata ini merenung ke arahmu. Tak mampu ku manghalangnya.. Begitu sakit menjadi orang ketiga dalam hubungan kamu berdua, tapi daku tidak mempunyai pilihan. Ku tahu kamu juga sayang padaku begitu juga diriku, menyayangimu sepenuh hati ku. Daku insan yang lemah, perlukan perhatian dari kamu. Tapi adakalanya aku menjadi semakin takut untuk menerima kenyataan. Kenyataan bahawa kamu akan pergi meninggalkan ku bila tiba masanya. Mengapa perhatian yang kamu berikan disaat aku memerlukan? Mengapa begitu memberi janji yang kita sama tahu sukar untuk kamu kotakan? Makin singkat masa untuk kita bersama, semakin erat hubungan kita, semakin teguh cintaku padamu..


Memang berat rasanya menjadi orang ketiga dalam hubungan. Memang menyakitkan, memedihkan pabila menyintai seseorang tapi yang sebenarnya cinta itu bukan milik kita. Dalam bahagia bersamanya, ada duka yang terselit di ruangan hati. Duka mencemburui bahagia yang si dia miliki bersama kekasihnya. Seolah satu permainan jiwa menguasai hati.


Dalam hubungan terlarang ini, tiada siapa yang mengetahuinya. Jika berhubung pun hanya sekali sekala. Bertemu sukar sekali walaupun berdekatan.. Tanpa kita sedari, orang ketiga sebenarnya telah melakukan pergorbanan besar dalam perjuangankan cintanya. Perlu mengalah diri dalam semua perkara..menahan rasa cemburu pabila si dia bersama kekasihnya. Namun, dalam konteks ini, jarang ada pihak yang memahami situasi orang ketiga, malah sering dipersalahkan kerana cuba memusnahkan hubungan yang lain. Padahal, tidak sedikit pun terlintas niat dihati ingin merampas cintanya..cuma ingin menumpang disebalik kesunyian yang melanda hati kerdilnya. Hanya menumpang seketika cuma..


Kita bertemu menyemai kasih, membenih cinta, menuai rindu.. Sedihmu, airmataku. Tawamu, pengubat hatiku. Susah senang pernah kita lalui bersama. Namun, kasih yang disemai, hanyalah seketika. Kita hanya mampu bersua dan bercinta, bukan untuk berlayar meniti puncak bahagia. Kerana cinta itu bukan milik kita. Bila tiba masanya, ku kan pergi membawa hati yang terluka. Ku pasrah dengan apa yang terjadi. Ku sedia undur diri demi kebahagiaanmu. Ku hargai apa yang pernah kita lalui bersama. Tidakku kuburkan cinta yang wujud antara kita, bahkan ku biarkan cinta itu sentiasa mekar dihati.

 
**Tersentuh rasa hati mengarangnye..berape hari dah entry ni tergendala, akhirnye siap juga. Semoga isi cite ni tak menyinggung mane2 pihak

 

== > Dan Kerana Kamu Kesayanganku. Baca Disini

2 comments:

Anonymous said...

trbaek...ade kne mgna dgn dri ini...x smua orng smpurna.. :)

Anonymous said...

sangat phm sbb tejadi kt dr seniri..separuh ht ni rse x snggup lg nk truskan..tp sparuh lg rse x snggup nk kehilangan dier..walaupun kita ckp suatu hr nnt kita akn beralah, pg jauh dr hdup dier tp dlm ht tuhan je yg taw sakitnye rse ble tebayang saat tu..nk mengharap tp tkt teluka, nk memiliki tp sedar dr x berhak..sangat phm sbb tejadi kt dr seniri..separuh ht ni rse x snggup lg nk truskan..tp sparuh lg rse x snggup nk kehilangan dier..walaupun kita ckp suatu hr nnt kita akn beralah, pg jauh dr hdup dier tp dlm ht tuhan je yg taw sakitnye rse ble tebayang saat tu..nk mengharap tp tkt teluka, nk memiliki tp sedar dr x berhak..

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...