Labels:
Cerita Cinta
Dan Kerana Kamu Kesayanganku…
Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa y tidak dijelaskan. Dimana dia datang?? Dari lubuk hati yang paling dalam
Diamku tak bererti aku membenarkan setiap kata itu memberi rasa akan ketetapan yang berlaku. Diam aku jua bukan juga mengiyakan apa yang telah kamu lakukan da terus menerus merencanakan akan satu kebetulan. Dan tersisip tiada kata meluahkan rasa jua bukan bermaksud tiada langsung akan kesakitan di dalam jiwa. Kadang tiada satu kedengaran setiap butir dariku bukan bererti langsung tiada peduli akan kamu, tapi kerana Aku Sayangkan Kamu…
Dan bila kedengaran laungan dariku bukan juga melukakan tapi kerana aku amat menyayangimu. Maka aku akan cuba sedaya yang termampu menarikmu perlahan-lahan membisikkan rasa bersama mencari keredhaan-Nya. Dengar sayup-sayup suaraku, seakan menyentak nalurimu bukan kerana tiada akan kasih yang datang, bukan kerana pudarnya cinta yang bersemi, tapi kerana Aku Sayangkan Kamu…
Lautan kasih yang terbentang luas, bumi yang menghijau menyuburkan rasa. Kerana terteranya apa ertinya nilai sayangku. Kerana adanya erti kasihku. Takkan aku biarkan saja kamu melalui jalan-jalan berliku keseorangan, akan ku pimpin erat tanganmu, akan ku genggam kuat jemarimu, kita langkah bersama-sama. Kerana kasih, Aku Sayangkan Kamu…
Walau kadang hatiku luka, terguris dalam yang pedih. Meratap sayu diam-diam walau kadang lagakku di salah erti. Namun untuk mengalah bukan caraku. Akan ku cuba dan terus menduga rasamu. Agar kita tetap ada cerita, agar kita akan terus ada mencari berakhirnya penantian dunia. Dan kerana Aku Amat Menyayangimu…
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan. Andai aku jumpa jalan, tak kan ku biar kamu sesat mencari jalan pulang kerana selalu ada rasa Sayang Pada Kamu…
Dan andai aku terleka dan terlupa akan janjiku, tolong ingatkan aku. Bahawa kamu adalah kesayanganku. Kerana kadang aku takut akan rasa ini hadir telah pudar akan rasa amarahku. Akan hilang bila senduku jemu…
Cinta manusia itu fitrah dan lumrah kehidupan. Jika hilang boleh berganti tapi jika iman berkurangan kembalilah mencari sinar petunjuk-Nya. InsyaAllah cinta sejati akan hadir bersama=sama iman yang dicari. CInta ALLAH sentiasa kekal dihati…
Doaku cuma agard kita terusada kekuatan akan menghadapi dugaan dan rintangan, ujian dalan menghdapi setiap apa yang telah ditakdirkan. Kerana kita adalah hambaNya di uji akan kekuatan ukuran iman. Untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang… InsyaAllah….
Posted by
hanif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment