Jodoh itu adalah rahsia dari Allah SWT. Rahsia yang mana selalu bermain di fikiran kita berbanding dengan perkara-perkara yang lain. Dan kita selalu asyik dan lupa, kadang jodoh itu jua tidak panjang, tidak selalunya bersama kita.
Kisah percintaan yang kita perjuangkan pasti kita impikan berakhirnya dengan satu ikatan yang sah dan halal iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan. Sedangkan berkahwin kita bukanlah berakhirnya episod percintaan antara dua insan. Di antara dua jiwa yang sama berjanji sumpah setia.
Sedang kita merasakan begitu manisny sesuatu ikatan itu, pasti akan menjadi racun jik tidak dilaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu di uji.
Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumahtangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.
Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan. Kerana di alam rumahtangga, lebih onar dan duri akan bersama di tempuh. Di saat itu, kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yang bersemi. Masih kukuh atau pudar warna cinta yang pernah di ucap janji?
Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita. Walau sekuat mana kita, walau sehebat mana kita, kita jua hambaNya yang lemah.
Jangan kita terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita itu selalu ada. Berdoalah….. Berusahalah…. Dan bertawakal kepada Allah SWT.
Pada sekeping hati, yang baru sahaja melewati saat getir akan perpisahan di antara satu, pesanku, bersabarlah. Tabah di dalam mengharungi kehidupan yang baru. Masih ada lagi pandangan dan ratapan yang sudi. Masih ada lagi sayang dan kasih yang tidak pernah hilang. Jika dia yang meninggalkan mu, tunggulah saat samaada dia akan bahagia atau menyesal kerana terkenangkan kenangan bersamamu.
Aku masih punyai harga diri. Aku kuat dan tabah. Aku tahu kamu, aku kenal kamu dan kamu lebih yang amat mengenali dirimu. Kamu telah menunjukkan padaku yang kamu wanita yang lemah dan tiada pegangan bila kurang mendapat perhatian daripada lelaki. kamu suka menarik perhatian lelaki. Kamu mula mencari lelaki bila kamu kesunyian. Kamu tidak boleh berdikari tanpa lelaki..
Cuma pesanku padamu. Janganlah terus menyerah. Allah SWT sayang akan kamu, kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu. Jangan rasa kesal dan sesal. Bersabarlah. Berdoalah. Kita hanya mampu merancang.
Tersentap dan sayu. Aku doakan kamu tabah dalam menghadapi dugaan. Melepaskanmu dulu, kerana aku yakin kamu telah ketemu bahagia walaupun ia amat pedih bagiku kerana kau yang meminta perpisahan kita. Dari jauh aku hanya mampu memandang dan kirimkan doa. Tabah dan sabar duhai kamu, seseorang yang bermakna di dalam hidupku.
*Moga tabah dan berbanyak bersabar duhai seorang yang bermakna dalam hidupku yang kini ku anggap sebagai temanku. Tapi bila sudah reda, bangun dan teruskanlah langkahmu di dalam perjalanan yang semakin sesak. Semoga dikau mampu berdiri diatas kakimu sendiri………..
Dan ingatlah, yang jauh dari mu bukan tidak menyayangi mu & yang selalu bersama mu belum tentu dia menyayangi mu seperti yang jauh manyayangimu. Jangan dibuang yang lama kerana sesuatu yang baru, kerana yang baru itu belum tentu bermakna dan sepenuhnya berguna. Seharusnya di teliti dan dibanding terlebih dahulu. Jangan sampai “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” , “ayam tak dapat,tangan bau taik”. Alangkah menyesalnya kita pada masa itu kerana terlalu mencari kesempurnaan…………
1 comments:
alangkah sempurnanya khidupan ila ada yg menyayangi diri ini...:(
Post a Comment