10 Perkara Yang Menyebabkan Orang LIKE Sesuatu Post Di Facebook





Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sebab-sebab yang agak munasabah la, di mana kenapa seseorang kenalan anda atau tidak akan Like sesuatu post anda di Facebook.. ekeke



Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-

1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )
2. Post tu mengandungi banyak info2 berguna terutamanya tentang pelajaran, hal2 rumahtangga dan hal2 agama..
3. Orang yang post tue lawa @ hensem and dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann..
4. Like secara rambang ja.. kalau orang tu tulis benda2 menarik like la.. tak pilih kasih OK..
5. Tertarik dengan post tue tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. )
6. Suka like status kawan baik sendiri.. motiff,, so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu..
8. Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh .. dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE..
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE sorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..
10. Bila dah lama updates STATUS, dia tgok orang tak like, then dia pon LIKE post dia sendiri…hahaha….oppsss!! :P

P/s: Haha, ini la sedikit sebanyak yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang yang suka like-like ni.. ekeke, tapi tak semua macam ni.. hanya segelintir, ada tak yang seperti anda? ekeke :p

Sumber dari Facebook


150,000 Kondom Olimpik

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit. 

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom.


‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror. 
Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk 

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri. 

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah. 
Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.” 

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.” 

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.” 

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.” 

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi

Coli Sudah Ada 600 Tahun Dahulu



Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu.

Foto

Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008.



Penemuan mengejutkan 
Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. 
Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. 

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...