Showing posts with label biar cinta berlalu. Show all posts
Showing posts with label biar cinta berlalu. Show all posts


Bahagia Ditengah Ketidakbahagiaan…

Life_is_wonderful_by_iNeedChemicalX

Berbahagialah Hidup tanpa membenci,

Berbahagialah Hidup dengan Cinta

Berbahagialah Hidup yang penuh harmonis.

Berbahagia jugalah saat kita tidak berbahagia..

Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul,

Sesungguhnya bahagia tidak pernah meninggalkan kita.

Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita.

Bahagia akan kembali menjadi milik kita.

Dan Bertambahlah kebijaksanaan dari pengalaman yang ada.

Kerana adanya ketidakbahagiaan, maka kita dapat menghargai kebahagiaan.

.

Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita?

Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua.

Pada waktu timbul sesuatu  yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat panjang dan kacau bilau.

Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara  ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik  manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk  suasana kacau didalam hati.

Suara dari sisi baik  akan berkata : “Sudahlah… lupakan semua, jangan lagi berperang dengan ketidakpastian dan ketidakjelasan sifat orang lain! Perhatikan diri  sendiri dahulu, kita seharusnya memperbaiki diri sendiri dan menunjukan perubahan ini kepada orang lain sebelum kita menginginkan orang lain berubah untuk kita”

Mengapa suara itu tidak didengar oleh kita?

Kerana kita terlalu banyak mendengar suara si jahat yang memang  suaranya jauh lebih besar daripada suara si baik. Sebaliknya, suara sisi baik memerlukan kesedaran kita untuk mendengarnya, kerana suara itu begitu halus, lembut dan nyaris tidak didengar.

Hanya hati yang sedang tenang dapat  mendengarnya. Maka pada waktu emosi tidak stabil muncul, cara terbaik adalah keluarkan emosi itu segera. Berbicaralah dengan dinding yang akan setia mendengar  (tetapi hati-hati dengan tembok yang bertelinga.. )

Siramlah kepala yang sedang panas dengan air sejuk, duduk dan renunglah kembali. Mula untuk menjadi pendengar yang baik, maka kita akan lihat  ada pertarungan Si JAHAT dan Si BAIK.  Tajamkan pendengaran kita dan amatilah suara Si Baik. Maka keindahan itu ada disana. Jawapan dari persoalan hidup ada disana. Kebijaksanaan juga ada disana.

Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang, kerana kita akan semakin dewasa, kita dapat semakin bijaksana, belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri, belajar mengatasi semuanya sendiri, dan mengembangkan potensi “pencerahan” didalam hati..

 

Coming Soon ---> “Mencari Bahagia”



Usah Dikenang Cinta Yang Lalu……

7726626cc6491c666665e107e0de6f71-560x560

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..



Jarak Antara Dua Hati…

Two_little_hearts_by_Aleksz22-560x420

Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak….

sunday_morning_wonder_by_andyp891

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.



Dan Bila Jodoh Itu Tiada Lagi

in-love-wallpapers-for-desktop-8

Jodoh itu adalah rahsia dari Allah SWT. Rahsia yang mana selalu bermain di fikiran kita berbanding dengan perkara-perkara yang lain. Dan kita selalu asyik dan lupa, kadang jodoh itu jua tidak panjang, tidak selalunya bersama kita.

Kisah percintaan yang kita perjuangkan pasti kita impikan berakhirnya dengan satu ikatan yang sah dan halal iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan. Sedangkan berkahwin kita bukanlah berakhirnya episod percintaan antara dua insan. Di antara dua jiwa yang sama berjanji sumpah setia.

Sedang kita merasakan begitu manisny sesuatu ikatan itu, pasti akan menjadi racun jik tidak dilaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu di uji.

Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumahtangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.

Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan. Kerana di alam rumahtangga, lebih onar dan duri akan bersama di tempuh. Di saat itu, kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yang bersemi. Masih kukuh atau pudar warna cinta yang pernah di ucap janji?

Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita. Walau sekuat mana kita, walau sehebat mana kita, kita jua hambaNya yang lemah.

Jangan kita terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita itu selalu ada. Berdoalah….. Berusahalah…. Dan bertawakal kepada Allah SWT.

Pada sekeping hati, yang baru sahaja melewati saat getir akan perpisahan di antara satu, pesanku, bersabarlah. Tabah di dalam mengharungi kehidupan yang baru. Masih ada lagi pandangan dan ratapan yang sudi. Masih ada lagi sayang dan kasih yang tidak pernah hilang. Jika dia yang meninggalkan mu, tunggulah saat samaada dia akan bahagia atau menyesal kerana terkenangkan kenangan bersamamu.

Aku masih punyai harga diri. Aku kuat dan tabah. Aku tahu kamu, aku kenal kamu dan kamu lebih yang amat mengenali dirimu. Kamu telah menunjukkan padaku yang kamu wanita yang lemah dan tiada pegangan bila kurang mendapat perhatian daripada lelaki. kamu suka menarik perhatian lelaki. Kamu mula mencari lelaki bila kamu kesunyian. Kamu tidak boleh berdikari tanpa lelaki..

Cuma pesanku padamu. Janganlah terus menyerah. Allah SWT sayang akan kamu, kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu. Jangan rasa kesal dan sesal. Bersabarlah. Berdoalah. Kita hanya mampu merancang.

Tersentap dan sayu. Aku doakan kamu tabah dalam menghadapi dugaan. Melepaskanmu dulu, kerana aku yakin kamu telah ketemu bahagia walaupun ia amat pedih bagiku kerana kau yang meminta perpisahan kita. Dari jauh aku hanya mampu memandang dan kirimkan doa. Tabah dan sabar duhai kamu, seseorang yang bermakna di dalam hidupku.

*Moga tabah dan berbanyak bersabar duhai seorang yang bermakna dalam hidupku yang kini ku anggap sebagai temanku. Tapi bila sudah reda, bangun dan teruskanlah langkahmu di dalam perjalanan yang semakin sesak. Semoga dikau mampu berdiri diatas kakimu sendiri………..

Dan ingatlah, yang jauh dari mu bukan tidak menyayangi mu & yang selalu bersama mu belum tentu dia menyayangi mu seperti yang jauh manyayangimu. Jangan dibuang yang lama kerana sesuatu yang baru, kerana yang baru itu belum tentu bermakna dan sepenuhnya berguna. Seharusnya di teliti dan dibanding terlebih dahulu. Jangan sampai “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” , “ayam tak dapat,tangan bau taik”. Alangkah menyesalnya kita pada masa itu kerana terlalu mencari kesempurnaan…………

Biar Cinta Itu Berlalu

sand-love-wallpaper

Tiada yang lebih indah bila ku menemui cinta darimu. Bagikan burung menemui sarang, seperti ikan pulang ke lubuk. Namun tak semuanya seindah impian, akhirnya kau pergi dari hidupku, bersama cinta yang baru, lalu aku terkapai-kapai ditinggalkan sendiri menemani malam yang kelam tanpa melodi cintamu.


Begitulah peritnya bila kita ditinggalkan oleh si dia yang sangat dicintai. Adakalanya menguji keimanan dalam diri. Hampir meruntun jiwa dan nurani. Tetapi, harus diakui bahawa cinta itu bukan lagi milik kita. Bahkan dirinya juga bukan untuk kita saat dia memutuskan untuk menjauh pergi bersama mimpi barunya.


Usahlah dikenang pada kasih yang lalu, andai cinta itu telah luluh. Biarkan ianya pergi bersama lalang di pinggiran rimba, dibawa angin terbang entah ke mana. Jangan lagi menoleh pada cinta lama, jika hanya air mata bergenangan di kaki lima kaca matamu. Tangisan seribu erti menagih simpati tiada makna, jika sudah suratan dia bukan milikmu lagi.


Mengapa dihukum pada cinta baru yang hadir dalam hatimu? Mengapa dinafikan pada hati yang mula merindui dia yang baru berlalu dihatimu? Katakanlah, kalau cinta yang hadir itu akan memberi seribu satu harapan baru buatmu? Mungkin cinta yang hadir kali ini milikmu selamanya. Siapa yang tahu?


Duhai cinta lama. usahlah kau sakiti ku lagi, kerna ku tak mampu lagi menanggung derita pilu bermakan hati berulam jantung. Jika benar kau bukan milik ku lagi, berlalulah..pergi jauh dari taman hatiku. Biarkan cinta yang lain menyerikan bunga di taman hatiku. Moga suatu hati nanti, cinta abadi kan ku temui...

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...