Showing posts with label Perkongsian Artikel. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Artikel. Show all posts


Coli Sudah Ada 600 Tahun Dahulu



Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu.

Foto

Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008.



Penemuan mengejutkan 
Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. 
Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. 

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sedar tak sedar kita dah masuk ke bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan keberkatan buat kita semua.. Jadi dikesempatan ni, admin nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni.. ekeke


Ok, berbalik kepada tajuk utama, oleh kerana bulan Ramadhan ni hanya sekali dalam setahun jadi mesti ramai yang lupa atau tak berapa nak ingat lafaz niat untuk berpuasa ni.. begitu juga dengan doa untuk berbuka.. jadi yang lupa tu boleh tengok gambar di bawah ini..


P/s: Nak puasa jangan lupa niat k.. ekeke, jangan lupa kongsikan entri ini kepada orang lain.. semoga dapat dijadikan manfaat bersama..insyaAllah
-Selamat Berpuasa-


6 Jenis Makanan Yang Boleh Hindari Migrain



Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah migrain.



Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:

1. Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

2. Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

3. Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.

4. Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.

5. Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

6. Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain


P/s: Jadi yang kerap kena migrain tu bolehlah amalkan makan makanan ni..




Akibat Menghadap Komputer Lebih Dari 5 Jam



Terdapat kajian yang mendakwa mereka yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Puncanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video ataupun ketika menonton televisyen.


Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Kata beliau “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peratus lebih tinggi mati iaitu sebanyak 125 peratus akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Para pengkaji berpendapat duduk terlalu lama di depan komputer atau televisyen boleh menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi punca masalah ini.

Untuk mengatasi masalah ini, Stamatakis mencadangkan “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.

10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis



Lelaki menangis? Hmm … mungkin sesuatu yang jarang terlihat ada seorang lelaki menangis. Menangis akan membuat lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Tapi ada kalanya juga lelaki menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Jadi huru-hara.



man cry1 10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

Di sini kami senaraikan 10 perkara yang membuat lelaki menangis :

1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4. Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5. Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.




10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Ini ada 10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook


1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.
-Via Mynewshub-


p/s: Jadi sentiasalah berhati-hati dengan segala apa yang dikongsikan di Facebook mahupun di rangkaian sosial yang lain. Ingat! jenayah siber tidak mengenali sesiapa sahaja. Jadi berwaspadalah, kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda supaya tiada yang menjadi mangsa.

Hukum Perempuan Ambil Gambar Sambil Memuncungkan Bibir



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Sejak kebelakangan ini, rasanya makin ramai orang perempuan yang suka mengambil gambar dengan memuncungkan bibirnya, (mulut itik).. Tak tahulah apa yang menariknya dengan gambar seperti itu.. haha


Tapi ramai juga yang tak tahu hukum mengambil gambar seperti ini.. ada soalan yang diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.. Lihat apa jawapan ustaz ni..

Ustaz jawap : harus jika hanya untuk tontonan suami atau mahramnya, selainnya dilarang..




10 Negara Terkaya Di Dunia



Siapakah negara terkaya di dunia pada masa ini? Jika jawapan anda adalah China maka anda salah besar. Menurut laporan International Monetary Fund (IMF) 2010, Qatar lah merupakan negara yang paling kaya Di Bumi ini.


Penentuan status ini berdasarkan jumlah pendapatan per kapita atau produk domestik kasar (KDNK) di mana Qatar mencatat pendapatan tahunan tertinggi di atas USD88 ribu.


Hanya saja perlu dicatat, angka-angka tersebut bukan merujuk pada penghasilan rata-rata penduduknya, melainkan jumlah dari ketersediaan barang dan perkhidmatan yang setanding dengan jumlah seluruh penduduk yang terdapat di negara tersebut.

Selain Qatar, ada beberapa negara lain dari benua Asia yang masuk di dalam urutan sepuluh negara terkaya di dunia diantaranya adalah Singapura dan Hong Kong.

Dan berikut urutan lengkapnya seperti dipetik Forbes Magazine, Isnin (12/3).

1. Qatar
-Negara Arab ini berjaya mencapai pendapatan per kapita USD88.222, 9 juta per tahun dengan populasi penduduk sebanyak 1.8 juta orang.
2. Luxembourg
- Luxembourg mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD81.466, 2 juta dengan jumlah penduduk 502 ribu jiwa.

3. Singapura
- Negara yang termasuk dalam kawasan Asia Tenggara ini mempunyai pendapatan per kapita sebanyak USD56.694, 8 juta, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.

4. Norway
- Norway mempunyai pendapatan per kapita rata-rata USD51.959, 6 juta per tahun, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.

5. Brunei Darussalam
- Brunei menduduki peringkat kelima negara terkaya dengan pendapatan per kapita rata-rata USD48.333, dan mempunyai populasi penduduk hanya 388 ribu jiwa.

6. Emiriah Arab Bersatu
- Amiriah mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD47.439, dengan jumlah populasi penduduk 8.2 juta orang.

7. Amerika Syarikat (AS)
- Kuasa besar dunia dn ini meduduki tangga ke tujuh dengan pendapatan per kapita mencapai USD46.860, dengan jumlah penduduk 313 juta orang.

8. Hong Kong
- Pendapatan per kapita Hong Kong rata-rata mencapai USD45.944, dengan populasi menduduk tujuh juta orang.

9. Switzerland
- Rata-rata pendapatan per kapita USD41.950 atau, jumlah penduduk 7.7 juta orang.

10. belanda
- Pendapatan per kapita rata-rata bernilai USD40.973 a, dengan jumlah penduduk 16 juta orang.

2. Luxembourg
- Luxembourg mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD81.466, 2 juta dengan jumlah penduduk 502 ribu jiwa.

3. Singapura
- Negara yang termasuk dalam kawasan Asia Tenggara ini mempunyai pendapatan per kapita sebanyak USD56.694, 8 juta, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.

4. Norway
- Norway mempunyai pendapatan per kapita rata-rata USD51.959, 6 juta per tahun, dengan jumlah penduduk 4.9 juta orang.

5. Brunei Darussalam
- Brunei menduduki peringkat kelima negara terkaya dengan pendapatan per kapita rata-rata USD48.333, dan mempunyai populasi penduduk hanya 388 ribu jiwa.

6. Emiriah Arab Bersatu
- Amiriah mencatat pendapatan per kapita tahunan rata-rata sebesar USD47.439, dengan jumlah populasi penduduk 8.2 juta orang.

7. Amerika Syarikat (AS)
- Kuasa besar dunia dn ini meduduki tangga ke tujuh dengan pendapatan per kapita mencapai USD46.860, dengan jumlah penduduk 313 juta orang.

8. Hong Kong
- Pendapatan per kapita Hong Kong rata-rata mencapai USD45.944, dengan populasi menduduk tujuh juta orang.

9. Switzerland
- Rata-rata pendapatan per kapita USD41.950 atau, jumlah penduduk 7.7 juta orang.

10. belanda
- Pendapatan per kapita rata-rata bernilai USD40.973 a, dengan jumlah penduduk 16 juta orang.








Misteri Sumpahan Sang Kelembai





Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang kisah Sang Kelembai atau Sang Gedembai. Kisah ini begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah. Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.


Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain. Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh.

Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza.

Versi Perak

Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.


Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok.

Versi Pahang

Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut. Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya. Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung tersebut.

Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai ‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di puncak Gunung Tahan.



Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak.

Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.

Versi Kedah

Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Versi Pulau Pinang

Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau Jerejak dan Pulau Aman.

Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya masing-masing.






Faktor Dan Tanda- Tanda Mimpi Berjalan



Mimpi adalah perkara pelik yang hanya boleh di rasakan kita, tetapi mimpi berjalan (sleepwalking) lebih pelik lagi. Kadang kala mimpi kita terasa seperti nyata. Tapi yang satu ini (mimpi berjalan) memang menjadi nyata.

Sleepwalking yang dikenali juga dengan istilah somnambulism, boleh dialami oleh semua usia tetapi biasanya berlaku di awal usia muda. Antara sebab paling besar yang menyebabkan sleepwalking ini adalah :

1. Beban
2. Kecewa
3. Gembira
4. Stres
5. Dan lain-lain


Seseorang yang mengalami tidur berjalan dapat melakukan perkara-perkara berikut:

1. Berdiri dari tidurnya dan membuka mata seperti orang yang terbangun dari tidur
- Nampak seperti orang yang sudah bangun dari tidur tapi sebenarnya masih bermimpi

2 .Matanya tidak mempunyai “sinar” 
- Berjalan berkeliling rumah, mungkin membuka dan menutup pintu dan menghidupkan atau mematikan lampu. Melakukan aktiviti rutin seperti berpakaian atau memasak bahkan yang lebih berbahaya adalah memandu kenderaan. Kadang-kadang bahkan bercakap atau beraktiviti lain dengan gaya yang canggung.

Tidur berjalan ini biasanya terjadi selama tidur / tidur nyenyak pada awal tidur sekitar satu hingga dua jam awal tidur.Beberapa kes tidur berjalan ini hanya berlaku selama beberapa minit sahaja, tetapi beberapa kes boleh berlaku sampai 30 minit. Pelaku tidur berjalan sendiri tidak akan sedar apa yang dilakukannya apabila bangun pagi.

Penyebab
Dianggarkan 15 peratus kanak-kanak sihat pernah mengalami tidur berjalan, tetapi tidak kurang juga orang dewasa yang mengalaminya. Beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tidur berjalan antara lain:

Kes tidur berjalan kadang-kadang berkaitan dengan perubatan atau keadaan kesihatan mental seperti:

Degupan jantung tidak normal (arrhythmias) Aliran balik asid perut ke dalam esophagus atau saluran yang menghubungkan tekak dengan perut.Berhentinya nafas saat tidur (obstructive sleep apnea) kelainan akibat trauma panik. Di beberapa kes lain, pengambilan alkohol dan ubat-ubat tertentu seperti antibiotik, antihistamin, sedative dan pil tidur dapat membawa kepada sleepwalking. Faktor risiko
Biasanya ini diwarisi dari keturunan, orang tua atau saudara kandung. Pada ibu hamil atau wanita haid, kemungkinannya akan lebih tinggi mengalami tidur berjalan.

Pemeriksaan

Pemeriksaan fizikal dan psikologi akan dilakukan untuk mengetahui hal-hal atau unsur yang menyebabkan tidur berjalan ini, seperti degupan jantung yang tidak normal atau panik secara tiba-tiba. Jika perlu, lakukan ujian tidur di makmal agar pemantauan lebih sempurna.

Bahaya

Sleepwalking sebenarnya tidak membahayakan, kecuali pesakit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti aktiviti di luar rumah atau memasak dengan menggunakan api.

Bila kejadian tidur berjalan ini terjadi hampir setiap hari atau dengan frekuensi yang sering, sebaiknya rujuk kepada doktor agar akan diketahui penyebab.

Tidak ada rawatan dan cara pencegahan yang pasti. Jika anda memerhati anak anda tidur berjalan maka perkara pertama yang sebaiknya dilakukan adalah dengan menuntunnya kembali ke tempat tidur. Sebaiknya tidak membangunkan kanak-kanak semasa tidur berjalan, kerana hal ini akan menggangu proses tidurnya, walalupun membangunkannya pun tidak menimbulkan bahaya apapun. Hanya saja jika dibangunkan saat tidur berjalan, maka anak akan merasa kebingungan.

Jika tidur berjalan tersebut terjadi pada keluarga anda, maka sebaiknya anda memperbaiki kebiasaan tidurnya.

Jika anda tidak dapat memantau tidurnya, usahakan persekitaran tidurnya dalam, sehingga saat tidur berjalan tanpa sepengatuhan anda dia tidak akan melakukan aktiviti yang membahayakan dirinya

Tidur lebih lama. Kelelahan menjadi salah satu penyebab. Untuk itu usahakan tidur lebih cepat dan biasakanlah tidur dengan jadual yang tetap.

Buat dirinya merasa lebih rileks sesaat sebelum tidur.

Elakkan mengalami tekanan berlebihan.

Perhatikan pola dan kebiasaannya. Jika ia sering mengalami tidur berjalan, biarkan dia tetap tertidur. Yang perlu anda lakukan adalah amati pada bila-bila kebiasaan tidur sambil berjalannya berlaku.Jika sudah tahu kebiasaan tersebut, maka anda boleh bangun 15 minit sebelum tidur berjalan tersebut terjadi. Jangan bimbang, biasanya semakin bertambah umur semakin kecil kemungkinan untuk sleepwalking, tetapi tetap saja ada beberapa orang yang sudah biasa mengalami tidur berjalan ini.

Mulai sekarang lihatlah cara tidur anda. Siapa tahu ketika anda terbangun dari tidur anda berada di tempat yang tidak tahu. Itu tandanya anda telah mengalami “sleepwalking”.





Zina Ku Bermula Di Facebook...


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….
Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah jelita perempuan bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah jelita teman chatting, teman facebook, dan semua teman perempuanku.
Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang perempuan yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…
Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang perempuan, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.
Perempuan itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”
Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..
Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…
Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….
Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang perempuan yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.
Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan perempuan itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….
RENUNG-RENUNGKAN......


Penawar Sakit Hati…

happy_pills_by_mivthevampire-d37fobj
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu.
Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa dan azabNya kembali kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki pun pupus.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Demikian firman Allah dalam Al-Qur’an Surat Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan saudaranya.
Dia mengatakan macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik.
Tentu, hal ini  yang tidak benar
Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...