Aku Kuat, Tidak Lemah Kerana Masalah Cinta

____W_e_a_k_____by_charlex




Lemah? Kenapa harus menjadi lemah. Bersedih setiap hari melamun tambatan hati, entah kemana dia pergi, kenapa harus terjadi perpisahan. Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.
Kita boleh kuat menghadapi kesendirian ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh keyakinan iman yang menancap di dada.
“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah keluar, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.
Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita andalkan, tetapi harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Jesteru harapan kepada Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.
Tidak semua orang perlu tahu keadaan kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk Allah sang penjawab doa.
Boleh la sesekali bercerita kepada orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpai. Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya.




Antara Hikmah Berbuka Dengan Kurma



KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya.

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


Mesti ada hikmah di sebalik sunnah.

Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian.

Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.

Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan pemberi tenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalah nutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu menyerap dengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalam keadaan perut sedang kosong.

Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus seperti di atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalam satu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apa diperintahkan oleh sunnah nabawiah ini.

Sunnah Nabi ini memerintahkan kepada orang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis, sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering).

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh.
Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.

Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.

Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.

Antara khasiat buah kurma yang anda semua patut tahu adalah:

• Menguatkan daya ingatan.
• Mencegah penyakit barah.
• Menambah tenaga seksual. 
• Mengatasi masalah insomnia. 
• Melancarkan peredaran darah.
• Membunuh kuman dalam badan.
• Meredakan tekanan darah tinggi.
• Membantu mencergaskan minda.
• Merawat penyakit buah pinggang.
• Merangsang dan memudahkan kehamilan.
• Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
• Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".

Dari Abu Abdillah a.s.: 
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Itulah sedikit sebanyak khasiat tentang buah kurma. Jadi amalkanlah memakan buah kurma di dalam kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat manfaat yang berguna daripada sebiji buah kurma. Mudah-mudahan.

Awas! Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu artikel yang agak penting yang harus diketahui oleh semua orang iaitu berkaitan bahaya jika tidur menghadap kipasangin yang dihidupkan..



Nak tahu kenapa? sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.

10 Perkara Yang Menyebabkan Orang LIKE Sesuatu Post Di Facebook





Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sebab-sebab yang agak munasabah la, di mana kenapa seseorang kenalan anda atau tidak akan Like sesuatu post anda di Facebook.. ekeke



Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-

1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )
2. Post tu mengandungi banyak info2 berguna terutamanya tentang pelajaran, hal2 rumahtangga dan hal2 agama..
3. Orang yang post tue lawa @ hensem and dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann..
4. Like secara rambang ja.. kalau orang tu tulis benda2 menarik like la.. tak pilih kasih OK..
5. Tertarik dengan post tue tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. )
6. Suka like status kawan baik sendiri.. motiff,, so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu..
8. Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh .. dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE..
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE sorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..
10. Bila dah lama updates STATUS, dia tgok orang tak like, then dia pon LIKE post dia sendiri…hahaha….oppsss!! :P

P/s: Haha, ini la sedikit sebanyak yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang yang suka like-like ni.. ekeke, tapi tak semua macam ni.. hanya segelintir, ada tak yang seperti anda? ekeke :p

Sumber dari Facebook


150,000 Kondom Olimpik

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit. 

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom.


‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror. 
Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk 

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri. 

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah. 
Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.” 

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.” 

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.” 

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.” 

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi

Coli Sudah Ada 600 Tahun Dahulu



Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu.

Foto

Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008.



Penemuan mengejutkan 
Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. 
Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. 

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Puasa Pertama Berdarah

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Hari pertama Ramadan di Selatan Thailand dicemari dengan letupan bom kereta berdekatan Hotel Inter di pekan Sungai Golok mengakibatkan lapan cedera kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan (7.15 pagi waktu Malaysia), semalam.
Empat mangsa terdiri daripada satu keluarga dan semua terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Golok sejurus kejadian.

Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.
Difahamkan, bom seberat 50 kilogram buatan sendiri yang dipasang pada sebuah kenderaan meletup selepas diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh dipercayai didalangi kumpulan pemisah.

Semua mangsa berusia antara 31 hingga 74 tahun termasuk tiga wanita cedera di badan dan masih dirawat di hospital Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Maitry Chimched berkata, letupan bom itu berlaku berhampiran Hotel Inter di Jalan Charoekeat, di tengah pekan Sungai Golok.

Katanya, kejadian itu turut memusnahkan bangunan kedai komputer dan beberapa bangunan lain berdekatan.
“Bom itu dipercayai diletakkan kumpulan pemisah dalam sebuah lori pikap dan diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Maitry berkata, empat ahli keluarga yang juga pemilik kedai komputer berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bumbung.
“Semua mangsa yang berada di bumbung kedai berjaya dibawa turun dengan bantuan bomba “Turut musnah, empat kereta dan beberapa motosikal yang diletak berhampiran,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan militan dipercayai meletakkan trak itu beberapa minit sebelum sebuah kenderaan peronda polis melalui jalan berkenaan.

“Mereka dipercayai mensasarkan kenderaan polis tetapi tidak berhasil. Kami sedang mengenal pasti suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sedar tak sedar kita dah masuk ke bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan keberkatan buat kita semua.. Jadi dikesempatan ni, admin nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni.. ekeke


Ok, berbalik kepada tajuk utama, oleh kerana bulan Ramadhan ni hanya sekali dalam setahun jadi mesti ramai yang lupa atau tak berapa nak ingat lafaz niat untuk berpuasa ni.. begitu juga dengan doa untuk berbuka.. jadi yang lupa tu boleh tengok gambar di bawah ini..


P/s: Nak puasa jangan lupa niat k.. ekeke, jangan lupa kongsikan entri ini kepada orang lain.. semoga dapat dijadikan manfaat bersama..insyaAllah
-Selamat Berpuasa-

Padah Persenda Islam



Akibat mengaku diri sendiri sebagai Nabi dan ALLAH SWT, seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas pertuduhan mempersendakan agama Islam.


Roslan Abdul Rahman, 44, dari Pahang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Roslan didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Julai 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 62 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Syarie, Che Zam Zam Che Man meminta mahkamah memberikan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin saudara terdekat.

Bagaimanapun, Roslan yang memakai jubah putih dan berkopiah meminta wang jaminan dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai wang dan tiada saudara terdekat di negeri ini.

Mohd Asri membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin, selain menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh perbicara. – SinarHarian


Andainya Rasulullah Masih Hidup

Andainya Rasulullah masih ada...
Ingin sekali melihat air mata sucinya yang jatuh ketika menangis...


Anas bin Mas'ud r.a. meriwayatkan: 

"Rasulullah bersabda kepadaku, Bacakan suatu ayat kepadaku! Aku bertanya, Wahai Rasulullah s.a.w., bagaimana mungkin aku membacakan ayat untukmu, sedangkan ayat itu diturunkan kepadamu?" Baginda bersabda, "Aku suka mendengarkannya dari orang lain. Maka aku membaca surah an-Nisa' sampai ke ayat, '...dan Kami mendatangkan engkau (Muhammad) sebagai saksi atas mereka...' (ayat 41), aku melihat kedua-dua mata Nabi s.a.w. berlinang dengan air mata." 

(Riwayat at-Tirmizi, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)


Aisyah r.a. meriwayatkan: 

"Rasulullah s.a.w. mencium Uthman bin Mazh'un yang telah meninggal, sementara beliau menangis (kedua mata Baginda berlinang dengan air mata)."

(Riwayat at-Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: 

"Rasulullah s.a.w. mengambil anak perempuan Baginda yang hampir meninggal untuk diletakkan di pangkuan Baginda. Akhirnya, anak itu meninggal di pangkuan Baginda hingga Ummu Aiman menangis. Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Kenapa engkau menangis di hadapanku?' Dia menjawab, 'Bukankah engkau pernah menangis?' Baginda bersabda, 'Aku tidak bermaksud menangis, tapi sebagai bentuk kasih sayang. Sungguh, orang beriman selalu merasa baik (tenang) dalam setiap keadaan. Ketika melihat seseorang meninggal dunia, ia tetap memuji Allah s.w.t." 

(Riwayat at-Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad)

6 Jenis Makanan Yang Boleh Hindari Migrain



Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah migrain.



Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:

1. Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

2. Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

3. Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.

4. Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.

5. Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

6. Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain


P/s: Jadi yang kerap kena migrain tu bolehlah amalkan makan makanan ni..


5 Stesen Minyak Paling Unik Di Dunia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, biasanya stesen minyak di Malaysia semuanya mempunyai rekaan yang lebih kurang sama je bukan? hanya berbeza dari sudut susun atur mengikut konsep masing-masing! Tapi lain pula di luar negara, rekaan yang lain dari yang lain, dan stesen minyak ini boleh dikatakan sebagai 5stesen minyak paling unik di dunia.. jom tengok gambar di bawah,kredit to wownesia.com

                      1. Tea Pot Gas Station; city of Yakima Valley, Washington
stesen minyak

2. Welcome To the City Gas Station; North Palm Canyon Drive

3. Recycled Materials Gas Station; Los Angeles

4. Lax Airpot roof Gas Stations; Crescent Drive Beverly Hills, California

5. Futuristic Gas Station; Copenhagen

P/S: Kan? hehe, antara kelima-lima stesen minyak ni mana satu pilihan anda? ekeke








Pelajar Boleh Bawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013



Pelajar Sekarang Boleh Bawa Handphone Atau Telefon Bimbit Ke Sekolah Mulai tahun depan 2013.
Ini merupakan berita baik bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Ini berikutan faktor aspek keselamatan dan mengambil kira pandangan yang positif. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabatPeguam Negara dan diluluskan.

handset di sekolah Pelajar Boleh Bawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013

Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.

Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen. Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.

Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan



Wang kertas Malaysia siri baru ini telah pun berada di dalam edaran mulai 16 Julai 2012 yang lepas. Wang kertas siri baru ini berkonsepkan warna terang dan gambaran bertema budayawarisan dan keindahan alam semulajadi negara. Selain tu, wang kertas RM20 juga telah kembali.
wang kertas baru malaysia 2012 Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan


Bertemakan keunikan Malaysia, siri keempat wang kertas ini akan menggantikan siri yang sedia ada dalam edaran selama lebih daripada 10 tahun, dengan paparan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraftangan, keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ia menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan selaras dengan kemajuan terkini dalam teknologi percetakan wang kertas dan mengekalkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk menghalang pemalsuan.
Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, dan bunga kebangsaan dikekalkan pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas pula memaparkan ciri-ciri alam semulajaditradisi,budayaflorafauna dan ekonomi. Wau dipaparkan pada wang polimer RM1 baru. Denominasi RM5 memaparkan burung enggang badak yang memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak manakala wang RM10 menonjolkan bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Wang kertas RM20 dengan warna jingga pula memaparkan dua spesies penyu terkenal iaitu penyu karah dan penyu belimbing yang merupakan lambang hidupan laut di perairan Malaysia. Gambaran pada denominasi RM50 tidak ada perubahan ketara yang menonjolkan kelapa sawit sebagai ikon ekonomi negara dan bioteknologi dalam menyokong transformasi ekonomi.
Kekaguman Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api di Taman Negara MuluSarawak dipaparkan pada wang RM100 yang menjadi kebanggaan negara.
5FIP6 Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

MQ81i Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

eoJKM Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

mn96F Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

Wang kertas Malaysia siri baru ini telah pun berada di dalam edaran mulai 16 Julai 2012 yang lepas. Wang kertas siri baru ini berkonsepkan warna terang dan gambaran bertema budayawarisan dan keindahan alam semulajadi negara. Selain tu, wang kertas RM20 juga telah kembali.






Akibat Menghadap Komputer Lebih Dari 5 Jam



Terdapat kajian yang mendakwa mereka yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Puncanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video ataupun ketika menonton televisyen.


Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Kata beliau “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peratus lebih tinggi mati iaitu sebanyak 125 peratus akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Para pengkaji berpendapat duduk terlalu lama di depan komputer atau televisyen boleh menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi punca masalah ini.

Untuk mengatasi masalah ini, Stamatakis mencadangkan “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.

10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis



Lelaki menangis? Hmm … mungkin sesuatu yang jarang terlihat ada seorang lelaki menangis. Menangis akan membuat lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Tapi ada kalanya juga lelaki menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Jadi huru-hara.



man cry1 10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

Di sini kami senaraikan 10 perkara yang membuat lelaki menangis :

1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4. Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5. Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.


Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...