Padah Persenda Islam



Akibat mengaku diri sendiri sebagai Nabi dan ALLAH SWT, seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas pertuduhan mempersendakan agama Islam.


Roslan Abdul Rahman, 44, dari Pahang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Roslan didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Julai 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 62 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Syarie, Che Zam Zam Che Man meminta mahkamah memberikan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin saudara terdekat.

Bagaimanapun, Roslan yang memakai jubah putih dan berkopiah meminta wang jaminan dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai wang dan tiada saudara terdekat di negeri ini.

Mohd Asri membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin, selain menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh perbicara. – SinarHarian

0 comments:

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...