Kau Bukan Milikku…

love-you1-300x240
Kini baru kusedari, betapa diriku hampa memiliki cintamu. Dahulu, ku sangkakan cinta dihatimu hanya milik ku seorang. Namun rupanya ku hanya menumpang pada kasihnya orang. Bersungguh2 ku mendapatkan cintamu dulu, pelbagai usaha ku lakukan demi menambat hatimu. Susah senangmu ku sanggup kongsi bersama. Ku sanggup menemanimu berjaga malam tatkala kamu sibuk menyelesaikan tugasmu, biarpun merah badan ini digigit nyamuk. Biarlah, biarkan ku mengharunginya bersamamu dan teman2 yang lain. Tika sakitmu, ku gelisah. Setiap saat ku bertanyakan khabarmu. Sebaliknya, tika sakitku, kamu tidak mengetahuinya kerna ku tidak mahu membuatkanmu kerisauan.


Usahku ceritakan segala pengorbanan yang telahku lakukan untukmu. Hanya ku mahu kamu mengerti semuanya ihklas kerna kamu kesayanganku.

Tapi kini cintamu bukan untukku lagi. Cintamu hanya kekal untuknya walau apa pun yang telah ku usahakan mendapatkan cintamu. Akhirnya, ku kecewa menatap pemergian cintamu. Menangis sendiri tiada siapa yang tahu. Ketahuilah kenangan kita bersama suatu masa dahulu kan ku potretkan dalam ruangan hatiku. Tidak sekali2 ku menhapuskan cinta yang pernah wujud antara kita.

*Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang yang tahu
*Ku mencintaimu sedalam2 hatiku, meskipun engkau hanya kekasih gelapku..
*blaa..blaa..bla..x hafal da..
Pendek je entry kali ni sebab xde mood bila terkenang akan perbuatan Si Dia….

0 comments:

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...